Jumaat, 3 September 2010

memoir majlis berbuka puasa...

Aku seperti diajak untuk berkongsi kenangan ini buat yang mahu merasai nikmatnya...
Idea untuk majlis berbuka puasa ini dicetuskan oleh saudara umar.... Beliau mencadangkan unuk mengadakan majlis ini dan kami semua bersetuju utk menjayakannya.... Inilah serba ringkas aku cuba kongsikan kepada anda...

18-08-2010 : Majlis ini dimulakan dengan rumah Tg lid(talib) yang beralamat di kg lubuk bedil, jalan kampung hujung bandar, sik.... majlis berbuka puasa ini disertai seramai 26 org... Berbagai juadah berbuka disediakan oleh tg Lid... Termasuk juga jiran yg dijemput... majlis bersurai kira-kira pukul 12.00 malam...

20-08-2010 : Seterusnya majlis ini telah diadakan di rumah En. Md.Isa(Pak Cha) iaitu ayah saya beralamat di no 143 taman kota jaya, pulai, baling... majlis ini disertai seramai 28 orang... Berbagai juadah berbuka disediakan... majlis bersurai kira-kira 12.00 malam...

22-08-2010 : Selepas itu majlis ini telah beredar ke tikam batu, sungai Petani... Rumah Tg Azizan (Pak Ku Jan) kami beramai-ramai berkonvoi kesana... majlis ini disertai seramai 30 org... pelbagai cerita yang disembangkan disana... maklum lah bila dah ramai...

24-08-2010 : Pada hari ini kami beramai-ramai bertolak ke taman seri wangi, kuala ketil... Rumah Megat Aziz (Pah Teh Rela)... Disini juga kami telah dimaklumkan dengan kehadiran seorang lagi rakan yg tak disangka iaitu saudara Azlan... pelbagai cerita menarik yang berlaku disana... disana juga diadakan majlis bergambar utk kenangan saudara Azlan... ramai juga yg hadir kira-kira 21 orang... Pelbagai topik yang dibincangkan...

28-08-2010 : Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 5.00 petang... diberitakan majlis kali ini akan diserikan dengan kehadiran Ayahnda Dato Tg Zainol Rashid YDP kerabat diraja Kedah... kami beramai-ramai menunggu kedatangan ayahanda di tol sungai petani utara... Majlis ini dianjurkan oleh Dato Saad di seberang jaya... sebelum bertolak kesana kami membawa ayahnda tg zainol melawat kerumah Umi kalsom salah seorang kerabat yg daif... rumah beliau terletak di perumahan rakyat di paya nahu sungai petani... selepas meluangkan masa lebih kurang setengah jam kami bertolak ke destinasi utk berbuka puasa... terletak di seberang jaya Restoran Safira... majlis ini ditaja oleh Dato Saad... majlis ini disertai kira-kira 40 orang... Selepas itu kami bertolak ke taman intan s.petani untuk melawat tg Zawiyah... selepas itu kami bersurai kira-kira jam 11.00 malam...

30-08-2010 : Kali ini majlis beredar pula ke Pinang Tunggal, Sungai Petani. majlis ini diadakan di rumah Tg Aziz. disebabkan ada urusan di penang, Ayahnda Tg Zainol sudi untuk menghadiri majlis ini... majlis ini bertambahlah serinya... pelbagai juadah juga yang disediakan oleh Tg Aziz... Hadir sama dalam majlis kali ini pak wan dari Sungai Petani... Kami beramah mesra dengan Ayahnda Tg Zainol serta bonda... majlis ini disertai kira-kira 30 orang... majlis bersurai kira-kira 11.00 malam...

1-09-2010 : Seterusnya majlis berbuka puasa ini beralih pula ke kg Padang Geh, Kuala Ketil... Rumah Pak su li... Oleh Kerana rasa seronok sekali lagi ayahnda Tg Zainol dan bonda sudi hadir kerumah paksu kali ini... meriah sungguh dengan hidangan yang disediakan oleh pak su li... makanan yang disediakan sungguh banyak... ramai kali ini yang hadir kira-kira 35 orang pelbagai cerita yang berlaku disana...

3-9-2010 : Hari ini kami beramai-ramai ke kg Labu Besar, Kulim. Rumah saudara mail... Kami berkonvoi beramai-ramai dari kuala ketil kesana. sebanyak 6 buah kereta. kami di sambut oleh saudara mail... ramai juga yang hadir... kira-kira 35 orang yang datang....