Rabu, 1 Februari 2012

Kesedaran

Hidup yang sebegini sukar,
susah untuk aku lari,
dari kewajipanku terhadapmu,
sesungguhnya aku hanya untukmu.

Aku telah lalai,
Lalai dari hampir kepadamu,
sehinggakan naluriku tersentuh,
untuk kembali bersamamu.

Mengapakah aku menjadi begini,
ingin kuterus mendekatimu,
tetapi cabaran yang aku lalui,
membuatkan aku lalai.

Setelah bermusim aku disini,
baru kini hatiku tersentuh,
untuk kembali bersamamu,
sebagai manusia yang sejati.

sekian lama tomahan dilalui,
aku hadapinya dengan tabah,
sehinggakan aku sedar,
aku hanyalah hamba.

hari ini aku bersamamu,
mungkin esok aku lalai,
tetapi sesungguhnya engkau pengasuh,
telah membuka pintu benakku.

untuk hari-hari yang mendatang,
aku harap bimbingangmu,
untuk terus bersamamu,
walaupun dahulunya jahil.

Akan aku memperbaiki,
segala yang kekurangan,
akanku puaskan hati,
untuk semua insaan.

Oh tuhan,
aku berserah padamu,
walaupun takdir ditanganmu,
sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui.

Aku merasakan baru dilahirkan,
lahir sebagai insan yang bertaqwa,
akanku teruskanya,
dengan cahaya kurniaanmu.

Ohtuhan,
tunjukanlah jalan kebenaran,
untukku selalu disampingmu,
dengan hati yang tenang dan tenteram.

Aku telah merubah hidupku,
namun aku tak setabah kekasihmu,
aku begitu malu dan terharu,
kerana hidupku masih samar.

Ya Allah,
tunjukkanlah jalan kebenaran,
untuk aku bersamamu, 
hingga akhir hayatku.

Oh Tuhan,
Kau berilah hidayahmu,
kepada sahabatku,
yang kini lalaidan alpa,
untuk sujud kepadamu.

utnuk hari yang mendatang,
KAU berilah nur MU,
walaupun sezarah cuma,
untuk mereka semua.

Ya ALLAh,
jauhilah kami dari syaitan,
kerana sumpahanya,
membuatkan kami alpa.

Hindarilah kami dari godaan dunia,
dan dekatkanlah rumahmu,
untuk kami kesana,
mendekatkan diri kepadaMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan